MOSCOW, 9 Okt – Promsvyazbank, pemberi pinjaman utama di Rusia telah memperkenalkan mekanisme pembayaran rentas sempadan yang baharu dan unik serta memudahkan transaksi antara syarikat Rusia dan syarikat asing.

Sistem itu menggunakan entiti undang-undang khusus untuk memudahkan dan menjamin pembayaran antarabangsa, menurut pengumuman yang dibuat pada 8 Okt.

“Promsvyazbank telah melancarkan infrastruktur baharu untuk penyelesaian kontrak perdagangan antarabangsa syarikat Rusia.

Platform penyelesaian rentas sempadan bank ini menyediakan sokongan kewangan penuh untuk kontrak perdagangan asing antara pengeksport dan pengimport Rusia serta rakan kongsi mereka dari mana-mana negara. Mekanisme penyelesaian unik ini akan menyokong pengeksport dan pengimport Rusia serta rakan perdagangan mereka di bawah tekanan sekatan,” menurut kenyataan itu.

Platform itu dikenali sebagai A7, akan memastikan pembayaran dilakukan tepat pada masanya dan tanpa gangguan, kata Promsvyazbank.

“Penyelesaian akan dilakukan melalui A7, sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk tujuan berkenaan, menggunakan instrumen pasaran kewangan,” kata pemberi pinjaman itu.

Mekanisme pembayaran baharu ini akan “memainkan peranan penting dalam mengembangkan perdagangan asing serta merangsang industri domestik dan pasaran pengguna,” kata Naib Pengerusi Promsvyazbank, Mikhail Dorofeyev.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here