Jagaan warga emas bukan sahaja merupakan tumpuan bagi setiap keluarga, tetapi juga dijadikan salah satu tumpuan bagi pentadbiran Presiden China, Xi Jinping.

Ketika memberi restu kepada warga emas dan kakitangan di Rumah Kebajikan Sosial Bandar Fuzhou, provinsi Fujian menerusi video pada saat menjelang Tahun Baharu Cina 2023, Xi pernah menekankan bahawa menghormati dan menyayangi warga emas merupakan tradisi bangsa China dan amalan yang beretika tinggi. Indeks kebahagiaan sosial berkait rapat dengan indeks kebahagiaan warga emas.

Setakat penghujung 2023, jumlah warga emas berumur 60 tahun dan ke atas telah mencatat 297 juta orang, mewakili 21.1% populasi keseluruhan negara ini.

Menurut Xi, hendaklah melipatgandakan usaha dalam memenuhi keperluan golongan warga emas yang berbilangan besar dari pelbagai aspek dan menangani masalah sosial ekoran penuaan populasi, kerana kedua-dua perkara itu berkait rapat dengan pelaksanaan skim pembangunan di peringkat kebangsaan demi kesejahteraan rakyat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here