PUTRAJAYA, 12 Okt – Institusi pendidikan di Johor akan diletakkan bersama-sama dengan negeri dalam Kumpulan B yang menetapkan Sabtu dan Ahad sebagai cuti hujung minggu, berkuat kuasa pada 1 Jan depan.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan perubahan itu akan membabitkan perubahan kepada Kalendar Akademik Sesi 2024/2025 dan Kalendar Akademik Sesi 2025/2026.

“KPM mengambil perhatian pertukaran semula cuti hujung minggu di negeri Johor kepada hari Sabtu dan Ahad mulai 1 Jan 2025 seperti yang dititahkan oleh Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail baru-baru ini.

“Sehubungan itu, institusi pendidikan negeri Johor akan diletakkan bersama-sama dengan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Sabah, Sarawak dan Selangor dalam Kumpulan B yang menetapkan Sabtu dan Ahad sebagai cuti hujung minggu,” menurut kenyataan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here