Forum Kumpulan Pemikir Selatan Global berlangsung di Beijing pada Rabu, menyaksikan penyertaan secara hibrid tokoh politik, wakil kerajaan, sarjana dan pengamal media dari 76 negara.

Forum itu dihoskan bersama Jabatan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (IDCPC) dan Kumpulan Media China (CMG) menjelang Sidang Kemuncak BRICS 2024.

Ketua IDCPC Liu Jianchao berkata selaku anggota semula jadi Selatan Global, China sentiasa berkongsi nasib dengan negara terbabit serta menjadi penyokong aktif dan peserta penting kerjasama Selatan-Selatan.

“Kami (China) akan terus bersatu dengan negara Selatan Global dan bersama-sama melaksanakan peranan dan tanggungjawab yang digalas.

“Sinergi akan diperkasa untuk menggerakkan pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Global, Inisiatif Keselamatan Global dan Inisiatif Peradaban Global ke arah membina komuniti berkongsi nasib sesama insan,” kata Liu.

Sementara itu Presiden CMG Shen Haixiong menyatakan negara Selatan Global bergerak seiringan mengejar kemajuan, dan bersuara lebih lantang dalam menegakkan keamanan, keselamatan dan keadilan.

“CMG akan terus bergiat aktif membina jambatan dan tali penghubung untuk memudahkan pertukaran, dialog, interaksi dan saling belajar antara China dengan negara Selatan Global,” kata beliau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here