Presiden Xi Jinping membuat tinjauan ke provinsi Fujian di tenggara China dari 15 hingga 16 Oktober.

Ini merupakan kali kedua beliau menjejakkan kaki ke wilayah itu dalam tempoh tiga tahun.

Fujian kaya dengan pelbagai sumber marin serta mempunyai kemudahan pengangkutan yang maju melibatkan darat, laut dan udara.

Provinsi Fujian berstatus maju dalam ekonomi swasta, dengan nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita menduduki tempat keempat dalam negeri.

Ia merupakan zon rintis pembangunan tamadun ekologi pertama di China, dengan litupan kawasan berhutan melebihi kadar 65 peratus sehingga digelar ‘wilayah paling hijau di China’.

Di kampung Aojiao, bandar Zhangzhou, tempat itu kini berwajah baharu selepas beralih kepada model baharu pembangunan industri perikanan yang didorong oleh kerancakan ‘inap desa tepi laut’ dan ‘e-dagang makanan laut’.

Pada 2023, pendapatan keseluruhan kampung itu dicatat sebanyak 1.73 juta yuan (RM2.86 juta) dan pendapatan boleh guna per kapita mencecah 58,000 yuan (RM95,882).

Mengakhiri lawatan di Zhangzhou, Presiden Xi meneruskan tinjauan ke zon rintis perdagangan bebas Xiamen.

Dilancar pada April 2015, zon berkenaan memperkenalkan sebanyak 606 langkah inovatif dan 142 daripadanya merupakan rintisan dalam negeri.

Tinjauan Xi kali ini menjadi galakan kepada wilayah itu supaya mempertingkat usaha ke arah membina Fujian baharu bercirikan mekanisme dinamik, perindustrian dinaik taraf, masyarakat makmur dan persekitaran yang indah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here