ISTANBUL, 6 Nov – Malaysia tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan Palestin untuk memulihkan sektor telekomunikasi di Gaza, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Fahmi, yang dalam lawatan kerja selama tiga hari ke Turkiye, mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Ekonomi Negara Palestin Mohammad al-Amour hari ini untuk membincangkan potensi kerjasama antara Malaysia dan Palestin dalam pelbagai bidang.

Beliau berkata terdapat banyak peluang yang boleh diteroka Malaysia dan Palestin, seperti transformasi digital, pembayaran dalam talian, bank digital dan e-dompet.

“Saya fikir perkara ini akan banyak membantu dalam memulihkan ekonomi (Palestin),” katanya kepada Mohammad selepas menghadiri majlis penutup Sesi Ke-40 Jawatankuasa Tetap Kerjasama Ekonomi dan Komersial (COMCEC) Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Selasa.

Mohammad yang mewakili kerajaan Palestin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakyat Malaysia yang tidak berputus asa memberi sokongan dan solidariti kepada rakyat Palestin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here