Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7 di Shanghai merupakan platform yang perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh syarikat Malaysia untuk mengembangkan pasaran mereka di negara China.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkata CIIE adalah platform penting kerana China merupakan rakan dagangan terbesar Malaysia selama 15 tahun berturut-turut. Justeru, pasaran China amat penting untuk diterokai oleh para pengeksport Malaysia.
“Saya merasakan ini salah satu contoh platform yang perlu digunakan oleh syarikat Malaysia dan MATRADE akan terus menerajui syarikat-syarikat Malaysia untuk terus berkembang di China.
Beliau berkata demikian ketika ditemu bual wartawan CGTN Malay di Shanghai hari ini.
Ketika ditanya mengenai rancangan MATRADE untuk menggalakkan lebih banyak penyertaan syarikat bumiputera, Datuk Mohd Mustafa berkata pejabat MATRADE telah tertubuh pada 1993, dan kini ada lima pejabat di China iaitu di Beijing, Shanghai, Chengdu, Guangzhou dan Hong Kong.
“Sudah pastinya kehadiran MATRADE di kawasan-kawasan penting di China ini akan dapat membantu bukan sahaja syarikat bumiputera tetapi juga semua komuniti pengeksport malaysia,” kata beliau.