Presiden Xi Jinping memberi penekanan bahawa perlunya memperkasa latihan tentera serta meningkatkan kesiapsiagaan tempur dan keupayaan operasi di udara ke arah membina pasukan paracut moden yang kuat.

Xi, yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat membuat kenyataan itu ketika meninjau kor payung terjun Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) di bandar Xiaogan, provinsi Hubei pada Isnin.

Beliau memeriksa kelengkapan digunakan untuk operasi di udara dan dimaklumkan mengenai prestasi taktikal peralatan senjata utama.

Selepas itu, Xi meluangkan masa mengunjungi muzium sejarah kor payung terjun.

Beliau berkata usaha perlu dilakukan untuk memupuk keupayaan tempur kualiti baharu dan memanfaatkan teknologi canggih bagi memperkasa pembangunan kor paracut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here