GEORGE TOWN, 4 Dis — Pulau Pinang dijangka memulakan ujian 5G pada 15 Disember ini, kata pengerusi jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo.

Beliau berkata Pulau Pinang menjadi yang negeri yang pertama daripada enam negeri di Malaysia melancarkan ujian 5G untuk projek inisiatif bandar pintar (SCIs).

“Kira-kira 10 hari lagi, Pulau Pinang akan menjadi negeri pertama memulakan demonstrasi teknologi projek teknologi generasi kelima di Malaysia,” katanya semasa menyampaikan ucaptama di majlis taklimat Smart Cities Asia 2020 Nationwide Tech Talk di Tech Dome, Komtar, di sini hari ini.

Sementara itu dalam persidangan media, Jagdeep berkata ketika ini enam daripada 28 projek SCIs telah diluluskan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk melaksanakan ujian 5G.

Menurutnya empat projek yang telah diluluskan untuk ujian 5G adalah sistem aplikasi Penang Smart Parking, kamera televisyen litar tertutup dan analisis di Pulau Pinang, sistem amaran paras air kawalan banjir (SPARK) di Seberang Perai, serta lampu jalan di Bayan Lepas.

Dua lagi projek digerakkan oleh industri swasta dalam negeri.

“Kami akan terus usulkan lebih banyak projek-projek kami kepada SKMM dan kerajaan persekutuan dan berharap mereka akan meluluskan ujian 5G,” tambahnya.

Terdahulu, Jagdeep merupakan salah seorang daripada empat ahli panel yang menyertai perbincangan bertajuk ‘Future Prospects in Smart Cities’.

Tiga lagi ahli panel lain terdiri daripada ahli jawatankuasa eksekutif Singapore Smart Cities Network Daniel CF Ng, Pengasas bersama Reimagining Cities, Cha Chungha dari Korea, dan perunding utama Zaz Ventures, Vladimir Bataev dari Belanda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here