KUALA LUMPUR, 3 Julai  — Sebanyak 8,582,893 dos vaksin diberikan kepada penduduk di negara ini setakat semalam di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Menerusi hantaran di Twitter, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) memaklumkan 2,463,019 orang menerima dos kedua, sekali gus melengkapkan vaksinasi mereka.

“Sebanyak 236,196 dos vaksin COVID-19 diberikan semalam, melibatkan 167,059 dos pertama dan 69,137 dos kedua,” katanya.

Lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 333,432 orang diikuti Johor (258,636); Sarawak (257,408); Kuala Lumpur (221,020) dan Perak (219,044).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here