BEIJING, 17 Julai — Memenangi peperangan melawan wabak COVID-19 secepat mungkin dan memulihkan pertumbuhan ekonomi perlu menjadi keutamaan semua anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) untuk mendorong pemulihan ekonomi dunia, kata Presiden China, Xi Jinping.

Xi Jinping berkata demikian dalam ucapannya sempena Sidang Tidak Rasmi Pemimpin (APEC) secara maya di Beijing pada Jumaat.

Beliau berkata pada sidang tahun lalu APEC telah meluluskan Wawasan APEC 2040, yang menyasarkan pembentukan Komuniti Asia-Pasifik.

Ujarnya setakat ini China sudah membekalkan lebih 500 juta dos vaskin COVID-19 dan akan menyediakan lagi bantuan antarabangsa bernilai USD3 bilion (RM12.6 bilion) dalam tempoh tiga tahun akan datang.

“China bersedia menyokong kerjasama bagi memastikan kestabilan dan keselamatan rantaian pembekalan vaksin dan menggalakkan pengedaran barangan penting di samping mengambil langkah pantas untuk memastikan pertukaran lawatan yang selamat,.

“Dana sumbangan China kepada APEC untuk penubuhan tabung bagi mengatasi wabak dan pemulihan ekonomi turut telah disahkan,” katanya.

Menyentuh mengenai itu mengintensifkan integrasi ekonomi serantau, Xi menekankan peri pentingnya untuk mendorong kebebasan dan kemudahan perdagangan dan pelaburan, serta menyeru pelbagai pihak melaksanakan pelan pembangunan kesalinghubungan APEC, mendorong integrasi ekonomi serantau agar kawasan perdagangan bebas Asia-Pasifik yang bertaraf tinggi dibentuk secepat mungkin.

“China sudah menyelesaikan penentusahan perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan berharap perjanjian ini berkuat kuasa secara rasmi menjelang penghujung tahun ini,” katanya.

Dalam ucapannya, Xi turut berharap pelbagai pihak mengekalkan pembangunan yang inklusif dan lestari, meningkatkan pembangunan infrastruktur digital, dan berusaha membina suasana perniagaan digital yang terbuka, sama rata dan tanpa diskriminasi.

China akan menganjurkan seminar pembinaan kemampuan digital untuk mendorong kerjasama yang bertujuan menggalakkan pemulihan industri pelancongan berdasarkan teknologi digital.

New Zealand bertindak sebagai tuan rumah APEC tahun ini, bertemakan  “Peluang rantau Asia-Pasifik di sebalik wabak COVID-19, bekerjasama mengatasi krisis kesihatan dan mempercepat pemulihan ekonomi untuk meletakkan asas pembangunan”.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here