KUALA LUMPUR, 24 Julai  — Penyedia perkhidmatan jalur lebar, unify, menawarkan 13 saluran berdefinisi tinggi (HD) secara percuma bersempena dengan Kejohanan Sukan Olimpik Tokyo 2020 bermula 23 Julai hingga 8 Ogos. 

Unify dalam satu kenyataan hari ini berkata pelanggan boleh menonton kesemua 33 jenis sukan dan 339 acara menerusi unifi TV dan aplikasi unifi PlayTV.

Ketua Pegawai Komersial Telekom Malaysia Anand Vijayan berkata sebagai salah satu penyiar rasmi Sukan Olimpik Tokyo 2020, “unify berbesar hati menawarkan siaran secara percuma untuk dinikmati oleh semua rakyat Malaysia.” 

Beliau berkata, bagi yang masih belum melanggani unifi TV, mereka boleh menonton temasya sukan berprestij itu secara percuma di aplikasi unifi PlayTV dengan memuat turun aplikasi tersebut dari Google PlayStore dan Apple App Store.

Pengguna aplikasi unifi PlayTV sedia ada hanya perlu log masuk untuk menikmati temasya sukan Olimpik itu di aplikasi tersebut manakala pengguna unifi PlayTV baharu hanya perlu mendaftar akaun baharu untuk menontonnya di mana sahaja dan pada bila-bila masa menerusi peranti pintar mereka secara percuma.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here