JASIN, 25 Julai — Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau dipanggil bagi membantu mengangkat seorang lelaki yang mengalami masalah obesiti di rumahnya di Paya Lengkong, di sini, untuk dibawa ke Hospital Melaka, bagi memotong gelang kuarantinnya hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau Penolong Penguasa Bomba Mohamad Faisal Fuad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.57 petang tadi berhubung seorang lelaki berusia 35 tahun mempunyai berat badan 180 kilogram (kg) yang memerlukan bantuan.

“Tujuh anggota lengkap memakai pakaian pelindung diri (PPE) bersama-sama sebuah jentera dan lori angkut, tiba di lokasi berkenaan empat minit selepas menerima panggilan daripada pihak hospital.

“Lelaki tersebut yang menjalani perintah kuaratin di rumah selepas dikesan menjadi kontak rapat individu positif COVID-19, dibantu naik ke atas lori menggunakan kain,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya pasukannya mengambil masa kira-kira 10 minit mengusung dan mengangkat lelaki berkenaan, sebelum dipindahkan ke lori untuk dibawa ke Hospital Melaka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here