KANGAR, 3 Ogos — Rakyat Perlis diminta terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan walaupun Perlis akan beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula esok.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu dipatuhi secara menyeluruh oleh semua lapisan masyarakat.

“Majikan mestilah mematuhi SOP dengan memastikan setiap pekerja yang hadir ke tempat kerja adalah mengikut kapasiti yang telah ditetapkan,” titah baginda yang merupakan Yand Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan MAIPs hari ini.

Dalam perkembangan lain, Raja Muda Perlis hari ini  berkenan berangkat menyampaikan bantuan agihan zakat MAIPs berjumlah penuh RM21,000 kepada 30 orang asnaf terpilih daripada kalangan anak kariah Masjid Al Ilmi, Kampung. Sungai Berembang dekat Kuala Perlis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here