KUALA LUMPUR, 5 Ogos  — Tiga lagi ahli parlimen pembangkang selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, berhubung perarakan Ahli Parlimen pembangkang ke bangunan Parlimen baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata tiga Ahli Parlimen berkenaan adalah Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul, Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto dan Ahli Parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid.

Beliau berkata mereka hadir ke IPD berkenaan secara berperingkat sejak 10 pagi tadi. 

“Siasatan masih diteruskan dan saya percaya lebih ramai akan hadir untuk membantu siasatan himpunan itu dalam masa terdekat. Kami mahu rekod percakapan mereka perlu lihat kesesuaian dan kelapangan masa Ahli Parlimen terbabit,” katanya kepada Bernama hari ini.

Semalam, seramai enam ahli parlimen pembangkang hadir ke IPD Dang Wangi untuk memberi keterangan berhubung perhimpunan berkenaan.

Isnin lepas, Ahli Parlimen pembangkang cuba memasuki pekarangan bangunan Parlimen bagi mendesak supaya sidang khas disambung walaupun ia telah ditangguhkan atas nasihat Kementerian Kesihatan berikutan penularan COVID-19.

Kumpulan itu kemudian bersurai tanpa sebarang kekecohan selepas diarahkan polis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here