LABUAN, 14 Ogos  — Labuan akan menyambut bulan Kemerdekaan dengan mengamalkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Bertemakan ‘Malaysia Prihatin’, sambutan peringkat Labuan telah dilancarkan secara maya oleh Senator Datuk Bashir Alias di pejabat Kementerian Komunikasi dan Multimedia Labuan hari ini, diikuti acara mengibar bendera oleh anggota polis di ibu pejabat polis Labuan. 

Acara itu diteruskan dengan penyerahan Jalur Gemilang kepada 10 agensi kerajaan oleh Bashir, manakala Pasukan Info On Wheels (IOW) Jabatan Penerangan Labuan telah menyerahkan bendera kebangsaan itu kepada wakil subzon 1 dan 2 yang membabitkan tujuh buah kampung.

Dalam ucapannya, Bashir berkata menaikkan bendera di sepanjang jalan di seluruh pulau, di premis agensi kerajaan, bangunan milik sektor swasta dan kampung-kampung, sudah cukup untuk memeriahkan sambutan tersebut.

Labuan kini berada dalam fasa tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang melibatkan kelonggaran pada kawalan pergerakan dan pembukaan sektor ekonomi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here