KUCHING, 29 Ogos  — Polis mengeluarkan 1,382 kompaun dengan nilai keseluruhan RM3.6 juta terhadap orang awam di daerah ini kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) sekatan pergerakan bagi menangani penularan pandemik COVID-19 sejak Mei hingga Jumaat lepas.

  Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata terdapat 10 kesalahan utama dikesan dilakukan orang awam sepanjang tempoh itu dengan kesalahan keluar rumah melebihi had waktu mencatat jumlah tertinggi iaitu 383 kes.

“Tidak mengamalkan penjarakan fizikal mencatat 279 kes, tidak memakai pelitup muka (173), kenderaan melebihi kapasiti (136), gagal mendaftar MySejahtera (129) dan melakukan aktiviti di tempat awam (79),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata tidak mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pula mencatat 58 kes, premis beroperasi tanpa kebenaran (39), mengunjungi premis beroperasi tanpa kebenaran (22), rentas daerah tanpa premit (17) dan lain-lain kesalahan (67).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here