BEAUFORT, 29 Ogos  — Jenazah bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Lajim Ukin selamat dikebumikan pada jam 1.50 tengah hari  di Tanah Perkuburan Orang Islam Kampung Kebatu, dekat sini, hari ini.

Proses pengebumian Allahyarham dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) pengurusan jenazah pesakit COVID-19 oleh petugas hospital yang lengkap berpakaian peralatan pelindungan diri (PPE).

Ratusan orang hadir ke tanah perkuburan berkenaan termasuk ahli keluarga Allahyarham namun orang awam termasuk media tidak dibenarkan menghampiri tanah perkuburan berkenaan yang turut dipasang pita kuning polis.

Lajim, 66, yang juga Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19 di Hospital Pakar KPJ Kota Kinabalu pada jam 6.23 pagi hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here