IPOH, 30 Ogos — Pelantikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Belia dan Sukan diharap dapat membawa pembangunan sukan di negeri, ini, kata Speaker Dewan Undangan Negeri Perak Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid.

Beliau berkata, pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang itu juga, mampu memberi manfaat kepada pembangunan generasi dan institusi belia.

“Saya mewakili Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan, ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan dan mengucapkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Chenderiang, atas pelantikan sebagai Menteri Belia Dan Sukan.

“Insya-Allah, kita berharap agar melalui pelantikan Yang Berhormat Chenderiang ini, ia akan membawa manfaat yang besar kepada pembangunan sukan dan pengukuhan peranan serta institusi belia di Negeri Perak,” katanya ketika berucap sewaktu persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini.

Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Bersatu itu, dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan dalam pengumuman senarai Kabinet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat lalu. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here