PUTRAJAYA, 9 Mac  — Sebanyak 18 kes baharu COVID-19 dilaporkan sehingga 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kumulatif positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 117 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. 

Satu daripada kes baharu iaitu kes 101 melibatkan seorang lelaki yang baru pulang dari Iran.

“Kes bersama dengan rakan perniagaan beliau telah ke Iran pada 20 Feb sehingga 27 Feb 2020. Kes telah dikesan bergejala pada 5 Mac 2020 dan disahkan positif COVID-19 pada 8 Mac 2020.

“Kini, kes telah dirawat dan dimasukkan ke wad isolasi Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan,” katanya pada sidang media perkembangan terkini COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. 

Dr Noor Hisham berkata kontak-kontak rapat bagi 18 kes baharu sedang dikenal pasti untuk siasatan dan pengambilan sampel selanjutnya.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here