SHAH ALAM, 25 Dis — Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin meminta supaya kerja baik pulih di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Sri Muda serta lapan lagi buah sekolah di kawasan sekitar yang terjejas akibat banjir segera dilakukan.

Beliau melalui hantaran Facebook rasminya memaklumkan rentetan tinjauan  yang dilakukan oleh beliau petang semalam ke sekolah tersebut, selain bilik darjah, bengkel, makmal sains dan makmal komputer antara bilik khas lain yang rosak teruk adalah selepas ditenggelami air akibat banjir besar minggu lepas. 

“Seramai 34 orang guru sekolah ini juga turut terkesan akibat banjir,” katanya melalui hantaran itu.

Turut serta dalam tinjauan tersebut Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan dan Pembangunan Kementerian Pendidikan (KPM) Noor Azman Abdul Rahman. 

Beliau berkata KPM komited memastikan semua sekolah yang terlibat dalam kejadian banjir besar baru-baru ini diberi perhatian segera untuk memastikan persekitaran pembelajaran yang lebih selamat dan selesa kepada anak-anak generasi pewaris negara. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here