KUALA LUMPUR, 12 Jan  — Datuk Ramli Din menyerahkan tugas Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman kepada Datuk Dr Mustafa Khan Abdul Samat dalam satu majlis serah terima tugas di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur hari ini.

Mustafa Khan sebelum ini merupakan Timbalan Pengarah JPJKK (Perancangan Strategik) Bukit Aman.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata beliau dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ramli atas bakti yang telah dicurahkan kepada pasukan itu selepas hampir 35 tahun berkhidmat hingga tarikh persaraan wajibnya esok.

“Semoga Ramli dan isteri, Datin Fauziah Md Khalis serta seisi keluarga sentiasa dirahmati Allah SWT, ucapan syabas dan tahniah juga dititipkan kepada Mustafa Khan yang akan memangku jawatan Pengarah JPJKK serta isteri, Datin Nor Hamiah Abdul Hamid Hasani sebagai Pemangku Pengerusi Perkep JPJKK.

“Saya yakin beliau mempunyai potensi dan kebolehan untuk meneruskan kecemerlangan pasukan PDRM serta menjunjung tugas yang diamanahkan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Turut berlangsung upacara serah terima tugas bagi jawatan Pengerusi Perkep JPJKK Fauziah kepada Nor Hamiah dengan disaksikan oleh Pengerusi Perkep Malaysia Puan Sri Zaitun Mohd Isa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here