BEIJING, 24 Feb — Menjelang Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2022, tiga perkampungan Olimpik iaitu di Beijing, Yanqing dan Zhangjiakou kini mengubah landskapnya menjadi kawasan bebas halangan.

Presiden Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC), Andrew Parsons meletakkan harapan tinggi kepada Sukan Paralimpik berikutan kejayaan penganjuran Olimpik.

Menurutnya, berlatarbelakangkan pandemik global, penganjuran temasya sukan ini penuh dengan cabaran.

Namun, Parsons berkata China berjaya mengatasinya dan melakar kecemerlangan dalam melawan wabak sekali gus menyuntik keyakinan untuk mencipta kejayaan yang sama menerusi penganjuran temasya Paralimpik. 

Beliau turut memuji pencapaian China dalam mempopularkan sukan orang kurang upaya (OKU) khususnya sukan ais dan salji. 

“Satu yang menggembirakan apabila melihat China menggabungkan perancangan Sukan Olimpik Musim Sejuk dan Sukan Paralimpik Musim Sejuk ke dalam rancangan pembangunan negara dalam jangka panjang,” kata Parsons.

Beliau berkata bagi menyediakan persekitaran selamat untuk temasya itu, China dan Jawatankuasa Penganjur Paralimpik Musim Sejuk Beijing telah melakukan pelbagai usaha demi memastikan sukan tersebut dapat dilangsungkan dengan lancar dan selamat.

“Mereka (atlet) tidak perlu risau tentang wabak, mereka hanya perlu memberi tumpuan kepada pertandingan dan mempamerkan prestasi terbaik masing-masing,” tambah Parsons.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here