PUTRAJAYA, 18 Mac — Kementerian Komunikasi dan Multimedia kini menggunakan singkatan baharu iaitu K-KOMM manakala menterinya dirujuk sebagai MenKOMM.

Dalam pemakluman yang dikeluarkan kementerian itu hari ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata pemakaian singkatan baharu itu bermula semalam (17 Mac).

 Menurut K-KOMM, pemakaian singkatan baharu itu bertujuan mengelak kekeliruan orang ramai antara kementerian dengan agensi dibawahnya iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) selain memudahkan sebutan dalam semua urusan agar lebih jelas.

Sebelum ini, singkatan bagi Kementerian Komunikasi dan Multimedia adalah KKMM. 

K-KOMM bertanggungjawab menyediakan infrastruktur komunikasi secara menyeluruh dan inklusif, membangun ekonomi digital melalui pemerkasaan teknologi maklumat dan komunikasi negara serta memperluas dan memperdalam penyampaian selain penyebaran maklumat secara strategik bagi mencapai visi kementerian untuk mewujudkan masyarakat terhubung, berinformasi, kreatif dan berbudaya digital.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here