BEIJING, 23 Mac — China, Laos, Myanmar dan Thailand melancarkan operasi rondaan bersama kali ke-115 di Sungai Mekong pada Selasa.

Rondaan kali ini melibatkan empat kapal membawa pegawai penguat kuasa undang-undang, masing-masing berlepas dari Pelabuhan Jingha China, Pelabuhan Mouang Mom Laos dan Pelabuhan Wan Pong Myanmar.

Operasi itu menumpukan kepada usaha membanteras jenayah rentas sempadan di kawasan aliran Sungai Mekong untuk menjaga keselamatan dan kestabilan perairan berkenaan.

Petugas dari keempat-empat negara menggunakan pendekatan tanpa kontak langsung bagi mengelakkan risiko penularan wabak COVID-19.

Inisiatif itu yang dilakukan sejak 10 tahun lepas, menyaksikan mekanisme kerjasama keselamatan di Sungai Mekong diperkukuh menerusi sinergi agensi penguat kuasa undang-undang empat negara berkenaan.

Dengan wujudnya model kerjasama lebih inklusif serta mekanisme multilateral lebih cekap, keselamatan laluan perkapalan antarabangsa terjamin.

Pada masa sama, ia juga turut memberi sumbangan besar terhadap pembangunan sosioekonomi negara-negara terbabit, sehingga menjadi contoh baharu dalam kerjasama penguatkuasaan undang-undang antarabangsa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here