KANGAR, 24 Mac — Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) akan menganjurkan Karnival Seni Mempertahankan Diri sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra bermula esok.

Pengarahnya Dr Hasnul Faizal Hushin Amri berkata karnival selama tiga hari itu anjuran bersama  Majlis Sukan Negeri Perlis (MSNP itu akan mempertandingkan dua jenis sukan pertahanan diri iaitu sukan pencak silat dan muay thai.

“Penganjuran ini adalah sebahagian daripada kejohanan pemanas badan praSukan Malaysia (Sukma) yang membabitkan empat penjuru iaitu Wilayah Persekutuan, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. 

“Bagi penyertaan dari Wilayah Persekutuan, kami akan menghantar semua atlet terbaik sebagai sebahagian daripada persiapan menghadapi Temasya Sukma pada 29 September- 8 Oktober 2022 nanti,” katanya kepada Bernama hari ini.

Hasnul berkata pihaknya berharap penganjuran karnival itu nanti dapat menjadi medan bagi pecarian bakat baharu selain menjalinkan hubungan kerjasama antara negeri dalam bidang sukan bagi memastikan potensi perkembangan sukan di Malaysia.

Jelajah AKM bakal berlangsung bermula 25-27 Mac dan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan jangkaan kehadiran seramai 10,000 pengunjung.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here