KUALA LUMPUR, 15 April — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Vishu kepada masyarakat Malayalee di negara ini.

Dalam catatan di Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua menzahirkan harapan agar masyarakat berkenaan dilimpahi keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan.

“Semoga perayaan ini membawa keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua masyarakat Malayalee di Malaysia,” menurut catatan itu. 

Perayaan itu disambut pada hari ini. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here