LOS ANGELES, 29 April — Moderna pada Khamis meminta Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat meluluskan kegunaan vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak berumur enam bulan hingga lima tahun, lapor Xinhua.

Vaksin dua dos itu dilaporkan 51 peratus berkesan terhadap jangkitan varian Omicron pada bayi berumur enam bulan hingga dua tahun, dan 37 peratus berkesan untuk kanak-kanak berusia dua hingga lima tahun, menurut Moderna.

Kanak-kanak lima tahun ke bawah merupakan satu-satunya kumpulan yang tidak layak menerima vaksin COVID-19 di Amerika Syarikat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here