BEIJING, 15 Julai — China menerusi kedutaannya di Sri Lanka terus menghulurkan bantuan kemanusiaan dalam bentuk makanan untuk disumbangkan kepada Kementerian Pendidikan di negara ini.

Majlis penyerahan bantuan makanan untuk fasa pertama itu diadakan di Sri Lanka pada Khamis.

Difahamkan, China akan menyumbang beras seberat 10,000 tan bagi menyokong program makanan pelajar di Sri Lanka yang merangkumi sekitar 1.1 juta pelajar dari kira-kira 7,900 buah sekolah di sembilan provinsi.

Duta China, Qi Zhenhong pada majlis penyerahan bantuan itu berharap ia bukan sahaja dapat membantu pelajar malah turut mencerminkan sifat saling mengambil berat China. 

Setiausaha I Kementerian Pendidikan Sri Lanka, Ranasinghe berkata program makanan untuk pelajar adalah penting bagi memperbaiki persekitaran pembelajaran di negara itu.

Menurut beliau, ekoran kemerosotan ekonomi buat masa sekarang, program itu menghadapi kesukaran di kawasan desa.

Justeru, Ranasinghe yang turut menzahirkan penghargaan atas sumbangan itu menyifatkan pemberian bahan makanan dari kerajaan China sebagai sangat bermakna. 

Dalam tempoh April hingga Mei tahun ini, China mengumumkan akan menghulurkan bantuan kemanusiaan termasuk ubat-ubatan, petrol dan beras bernilai RMB500 juta (RM329 juta) kepada Sri Lanka.

Untuk rekod, ia merupakan bantuan tanpa bayaran balik yang terbesar diterima Sri Lanka sejak tercetusnya krisis ekonomi di negara ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here