KUALA LUMPUR, 1 Ogos — Polis selesai merakamkan keterangan bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini berhubung laporan seorang Ahli Parlimen terhadap siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Setiausaha Polis Malaysia Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin dalam kenyataan berkata Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengambil rakaman percakapan Mohamed Apandi bermula 2.30 petang hingga 3.45 petang tadi.

Jumaat lepas, media melaporkan polis menerima laporan dibuat Ahli Parlimen Klang Charles Santiago yang tidak berpuas hati terhadap siasatan 1MDB oleh Mohamed Apandi ketika beliau menjadi Peguam Negara dan mendakwa Mohamed Apandi menyalahgunakan kuasa melibatkan kes itu. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here