PADANG BESAR, 13 Ogos — Karnival Merdeka Keluarga Malaysia@ Padang Besar adalah ‘hadiah’ kerajaan sebagai menghargai sumbangan dan sokongan Keluarga Malaysia di Perlis, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin.

“Terima kasih kepada penduduk Padang Besar dan rakyat Perlis yang sentiasa memberi sokongan dan kerjasama membantu kerajaan khususnya dalam usaha membebaskan negara ini daripada wabak COVID-19,” katanya kepada Bernama ketika mengunjungi reruai Jom Kenal Bernama di sini hari ini.

Hadir menyambut Zahidi di rerurai Ketua  Penyiaran TV dan Radio Bernama Arul Rajoo berkesempataan memberi penerangan tentang perkhidmatan yang disediakan oleh Bernama sebagai agensi berita utama negara.

Zahidi yang juga Ahli Parlimen Padang Besar berkata Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) sentiasa telibat secara aktif  menyalurkan maklumat COViD-19 kepada rakyat seperti penjagaan kesihatan, vaksinasi dan penggunaan pelitup muka.

“Alhamduiilah apa yang diusahakan mendapat sokongan penuh semua rakyat dan pengorbahan mereka membantu kerajaan harus dihargai,” katanya.

Beliau berkata pelbagai program menarik disediakan untuk Keluarga Malaysia antaranya pameran daripada agensi kerajaan, e-sukan, persembahan industri kreatif, kenduri rakyat, wayang pacak dan sebagainya sesuai untuk semua lapisan rakyat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here