PUTRAJAYA, 21 Ogos — Memasuki setahun mengemudi Malaysia, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertekad menguatkan semangat untuk memantapkan pentadbiran kerajaan dan memulihkan ekonomi negara untuk manfaat seluruh Keluarga Malaysia.

Berucap merasmikan Simposium Keluarga Malaysia: Pencapian dan Harapan di sini hari ini, beliau menegaskan masih banyak agenda yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan pimpinannya bagi membantu Keluarga Malaysia.

“Masih ramai golongan yang perlu dibantu baik golongan miskin, golongan wanita, golongan wanita, golongan orang kurang upaya dan sebagainya,” katanya.

Ismail Sabri mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan pada 21 Ogos 2021. 

Mengimbau kembali ketika mengambil alih tampuk pemerintahan, Ismail Sabri berkata negara pada waktu itu berada dalam suasana ketidaktentuan dan ketidakstabilan, dan ada pihak yang meramalkan bahawa bila-bila masa sahaja kerajaan Keluarga Malaysia boleh runtuh berdasarkan sejarah lompat parti waktu itu. 

“Syukurlah jangkaan itu tidak berlaku dan kini usia kerajaan ini telah menjangkau satu tahun,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here