LONDON, 20 Sept — Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hadir ke istiadat penghormatan terakhir Ratu Elizabeth II.

Baginda bersama tetamu kerabat diraja lain hadir bagi memberikan penghormatan dan kekaguman mendalam terhadap mendiang Ratu.

Semasa upacara persemadian yang bermula dari Westminster Abbey ke Istana Windsor, kebanyakan negara kelihatan menghantar raja yang mewakili negara masing-masing ke London.

Antara yang hadir adalah Maharaja Jepun, Naruhito dan Maharani Masako, Putera Albert II dari Monaco dan Raja Belgium, Philippe.

Monarki adalah antara kelab paling eksklusif di dunia dan jarang dapat melihat kehadiran begitu ramai raja dan permaisuri bersama-sama di dalam satu tempat.

Ratu Rania dari Jordan menyifatkan dedikasi mendiang terhadap perkhidmatan awam ‘menjadikan taraf beliau sangat tinggi’.

Raja Felipe VI dari Sepanyol pula berkata, mendiang Ratu ‘adalah contoh kepada kita semua’.

Majlis persemadian Ratu Elizabeth II di London menjadi perhimpunan diplomatik terbesar sejak Sukan Olimpik pada 2012.

Kira-kira 500 pemimpin dunia termasuk kerabat diraja hadir memenuhi Westminster Abbey yang mempunyai ruang menempatkan 2,000 tetamu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here