JOHOR BAHRU, 6 Nov — Polis Johor setakat ini telah meluluskan 58 permohonan permit ceramah bagi kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Jurucakap Media PRU15 Supt Ibrahim Mat Som berkata bagaimanapun hanya 47 ceramah sahaja dapat dibuat oleh parti politik yang bertanding.

Beliau berkata secara keseluruhannya, situasi keselamatan di Johor adalah terkawal dan tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku.

“Kita menasihatkan semua parti dan kumpulan penyokong agar sentiasa mematuhi segala peruntukan undang-undang yang ditetapkan dan saling menghormati ketika berkempen,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 19 Nov manakala pengundian awal pada 15 Nov.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here