TANAH MERAH, 18 Dis — Lebih 50 penduduk Kampung Chawas di sini tidak menyangka kampung mereka dilanda banjir semula selepas kali terakhir berlaku pada 2014. 

Seorang penduduk, Norita Mohd Noor, 48, berkata air mula memasuki kawasan rumahnya pada 8 pagi tadi berikutan hujan lebat yang berterusan sejak semalam. 

“Melihat keadaan air semakin naik, saya segera mengejutkan anak supaya mengalihkan kereta ke tempat yang lebih tinggi kerana paras air ketika itu sudah melebihi paras lutut,” katanya kepada Bernama hari ini.

Shukri Ismail, 55, pula berkata beliau terpaksa berputih mata apabila gagal menyelamatkan kereta Proton Wira miliknya memandangkan paras air meningkat dengan cepat.

“Kali terakhir kampung kami terjejas banjir pada 2014 sewaktu bah kuning. Saya sungguh terkejut kerana air naik mendadak sehingga menyebabkan saya tidak sempat alih kereta,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here