KUALA LUMPUR, 13 Jan — PLUS Expressway Berhad akan menambah 12 lorong teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) selewat-lewatnya pertengahan April ini sebagai permulaan susulan rungutan pengguna lebuh raya berhubung kekurangan lorong berkenaan yang menyebabkan kesesakan.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata keputusan itu dicapai hasil pertemuan beliau dengan wakil dari kumpulan Touch ‘n Go MalaysiaLembaga Lebuhraya Malaysia dan PLUS Malaysia pagi ini  bagi mendapatkan maklumat jelas mengenai isu kesesakan di plaza tol yang menggunakan RFID seperti diutarakan pengguna lebuh raya.

“Isu keselamatan juga turut dibangkitkan di mana pengguna jalan raya mempersoalkan kedudukan laluan RFID di plaza tol yang berubah-ubah yang telah menyebabkan kemalangan.

“Dalam pertemuan ini, saya sudah mengarahkan tindakan diambil secepat mungkin yang menjurus kepada penyelesaian masalah di samping memastikan keselamatan semua pihak terjamin,” katanya dalam hantaran di laman Facebook. 

Sistem RFID menggunakan cip frekuensi radio yang terkan­dung dalam satu pelekat yang ditampal pada sesebuah kenderaan dan akan menggantikan pera­nan peranti tag pintar (SmartTAG).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here