BEIJING, 30 Jan — Perdagangan perkhidmatan China mengekalkan pertumbuhan pesat pada 2022 dengan jumlah import dan eksportnya mencecah RMB5.98 trilion (kira-kira RM3.75 trilion).

Angka itu meningkat sebanyak 12.9 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut data disiarkan Kementerian Perdagangan hari ini.

Dalam pada itu, eksport perkhidmatan mencecah RMB2.85 trilion (kira-kira RM1.79 trilion), naik 12.1 peratus manakala jumlah importnya hampir RMB3.13 trilion (kira-kira RM1.97 trilion), menokok 13.5 peratus.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here