KUALA LUMPUR, 3 Feb — Dr Zaliha Mustafa menjadi Menteri Kesihatan Malaysia yang pertama diberi penghormatan mempengerusikan mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sesi ke-152 di Geneva, Switzerland.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini kali pertama berlaku dalam sejarah kesihatan negara, dan sepanjang 10 tahun penglibatannya bersama WHO. 

“Dr Zaliha Mustafa mempengerusikan mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO sesi ke-152 pada sesi poliomyelitis eradication, polio transition planning, dan polio post-certification,” katanya dalam catatan di laman Twitternya.

“Ini merupakan antara pencapaian utama beliau yang sedang dalam lawatan rasmi pertamanya ke luar negara sejak dilantik sebagai Menteri Kesihatan,” tambahnya.

Dr Zaliha bersama delegasi menghadiri mesyuarat itu di Geneva, Switzerland bermula Isnin lepas sehingga Selasa depan, dan selain beliau serta Dr Noor Hisham, turut bersama dalam sesi lawatan rasmi itu ialah pegawai-pegawai daripada Kementerian Kesihatan (KKM). 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here