KUALA LUMPUR, 8 Feb – Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) melancarkan penyelesaian perlindungan dipertingkat menerusi PRUMy Child Plus yang menawarkan perlindungan untuk kedua-dua ibu dan bayi bermula pada 13 minggu kehamilan hingga usia 100 tahun.

Ketua Pegawai Produk dan Perkhidmatan Aktuari PAMB Ankur Bassi berkata dengan PRUMy Child Plus, kesejahteraan ibu ketika hamil dilindungi dengan pelan tersebut yang meliputi sembilan komplikasi kehamilan berserta bayaran sekali gus hingga RM8,000.

“Hadiah terbaik yang boleh anda berikan kepada anak anda ialah untuk melindungi kehidupan mereka bermula daripada sebelum kelahiran hinggalah usia tua. Inilah tujuan kami menghasilkan PRUMy Child Plus, suatu pelan pranatal komprehensif yang menawarkan ‘hadiah’ berupa perlindungan kepada ibu dan bayi daripada hari pertama hinggalah seterusnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu turut memaklumkan ibu bapa juga diberi jaminan bahawa mereka akan dibantu sehingga RM50,000 setahun hingga anak mereka berusia tujuh tahun.

“Jika anak kecil mereka perlu dimasukkan ke hospital atau memerlukan rawatan untuk sebarang keadaan kongenital struktur seperti sumbing lelangit, anggota badan tidak normal, atau mana-mana daripada 27 kondisi kongenital yang tersenarai termasuk kecacatan jantung, palsi serebral dan spina bifida, mereka akan dibantu sehingga RM50,000 setahun hingga anak berusia tujuh tahun,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengagihan Perkongsian PAMB Eric Wong berkata PRUMy Child Plus menawarkan tiga jenis pelan bermula daripada RM260 sebulan bagi ‘Essential’ hingga RM311 sebulan bagi ‘Elite’.

“Pelan berkenaan merangkumi perlindungan perubatan tinggi yang dijamin meningkat secara automatik setiap tahun berserta perlindungan penyakit kritikal dan perlindungan asas yang mengikut pertumbuhan anak hingga usia 100 tahun.

“Sebagai tambahan, pelan tersebut merangkumi perlindungan kemalangan yang melindungi anak hingga usia 70 tahun,” katanya.

Beliau berkata ibu bapa juga boleh mengasingkan simpanan untuk dana pendidikan anak mereka dengan pelan tambahan atau rider PRUSaver Kid.

“Mereka juga boleh menyediakan simpanan untuk anak mereka bagi menghadapi sebarang kecemasan dengan pelan tambahan Parent Payor,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here