KUALA LUMPUR, 13 Julai — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengusulkan di Dewan Rakyat supaya jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dikosongkan atas alasan terdapat pencalonan lain bagi jawatan berkenaan.

Ahli Parlimen Pagoh itu bangun mengusulkan cadangan tersebut di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon.

“Bahawa Dewan Rakyat ini mengambil ketetapan untuk Tuan Yang Dipertua, Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Mohamad Ariff bin Md Yusof mengosongkan jawatannya atas alasan terdapat pencalonan lain bagi jawatan Tuan Yang Dipertua,” kataya ketika membacakan usul tersebut.

Usul berkenaan disokong Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali 

Mohd Rashid kemudian membuka kepada sidang untuk membahaskan usul berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here