KUALA LUMPUR, 13 Julai — Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah mengesan sindiket penipuan yang bergerak aktif dengan mengarahkan mangsa membuat bayaran tertunggak Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) melalui surat palsu yang menggunakan nama dan logo LHDNM bagi memperdayakan orang ramai.

Surat palsu tersebut mengandungi butiran peribadi mangsa termasuk maklumat perbankan dan amaun cukai tertunggak yang perlu dibayar serta turut dilengkapi dengan tandatangan palsu pegawai LHDNM. Mangsa bagaimanapun boleh mengenalpasti surat palsu ini dengan mudah kerana perihal SST adalah dikendalikan oleh agensi lain dan bukannya di bawah kendalian LHDNM.

LHDNM memandang serius terhadap perkara ini dan orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan setiap panggilan, e-mel mahupun surat yang meragukan dengan mendapatkan pengesahan daripada LHDNM terlebih dahulu. Sebarang bayaran cukai juga hendaklah dibuat terus ke akaun LHDNM dan bukannya melalui akaun peribadi individu mahupun pihak ketiga.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here