HATAY (Turkiye), 16 Feb – Tiada pasukan penyelamat yang boleh dilatih secukupnya untuk bekerja dalam bencana seperti di Turkiye yang digegarkan dengan dua gempa bumi kuat yang memusnahkan 10 bandar pada 6 Feb, kata ketua pasukan penyelamat Bosnia dan Herzegovina pada Rabu. Ketua Pasukan Perkhidmatan Menyelamat Gunung Kanton Sarajevo Adi Vrabac berkata berkata operasi mereka di Hatay amat sukar.

“Kami dilatih tetapi tiada siapa yang dilatih untuk keadaan seperti ini. Tiada siapa yang bersedia untuk situasi ini.

“Tugas yang dijalankan oleh pegawai dari agensi bencana Turki AFAD dan anggota gendarmerie sangat menakjubkan.

“Operasi sangat sukar, terutama dalam beberapa hari kebelakangan ini kerana kami menemui banyak mayat,” katanya kepada Agensi Anadolu sebelum berlepas pulang ke negaranya bersama sembilan anggota yang lain selepas menyelesaikan misi di zon gempa.

Vrabac berkata satu lagi kumpulan 40 penyelamat dari Bosnia dan Herzegovina masih berada di zon itu untuk meneruskan operasi mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here