ANKARA, 20 Feb – Sekurang-kurangnya 41,020 orang terkorban akibat bencana gempa bumi kuat yang menggegarkan selatan Turkiye pada 6 Feb lalu, menurut agensi pengurusan bencana negara itu pada Ahad, lapor Agensi Anadolu.

Menurut agensi Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turki (AFAD) seramai 19,436 anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) tempatan dan antarabangsa sedang menjalankan misi SAR di kawasan bencana dan sejumlah 216,166 khemah telah dibina di zon gempa.

Misi SAR di zon gempa di wilayah yang terjejas sudah ditamatkan kecuali di wilayah Kahramanmaras dan Hatay, kata ketua AFAD Yunus Sezer kepada pemberita.

Sezer berkata misi SAR diteruskan di hampir 40 bangunan manakala lebih 6,000 kontena telah disediakan dan lebih 460,900 orang dipindahkan setakat ini.

Pada 6 Feb lalu, gempa bermagnitud 7.7 dan 7.6 yang berpusat di Kahramanmaras telah menjejaskan 10 wilayah iaitu Adana, Adıyaman, Diyarbakir, Hatay, Gaziantep, Malatya, Kilis, Osmaniye, Elazig dan Sanliurfa.

Lebih 13 juta penduduk terjejas dan beberapa negara di rantau itu termasuk Syria dan Lubnan turut merasai gegaran kuat. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here