BANTING, 19 Feb – Kedah merekodkan jumlah kes penyalahgunaan dadah tertinggi di negara ini iaitu 13,502 kes pada 2021.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Dr Muhamad Sade Mohamad Amin berkata jumlah itu meningkat sebanyak 28.4 peratus berbanding 2020 yang berjumlah 10,518 kes.

Beliau berkata jumlah kes penyalahgunaan dadah kedua tertinggi ialah Johor dengan 13,261 kes, diikuti Selangor (12,182); Terengganu (12,033) dan Kelantan (11,843).

“Bagaimanapun, jumlah keseluruhan penagih dadah di negara ini berkurang sebanyak empat peratus pada 2021 iaitu 123,139 daripada 128,325 kes pada 2020,” katanya kepada pemberita pada Program Jerayawara sempena Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan di Pantai Morib, di sini hari ini.

Pengambilan dadah secara berterusan boleh menyebabkan ketagihan dan sukar untuk penagih berkenaan keluar daripada tabiat terbabit kecuali menjalani rawatan dan pemulihan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here