SEPANG, 21 Feb – Seorang kanak-kanak lelaki Bangladesh yang ditemui di dalam sebuah kontena di dermaga Westport, Pelabuhan Klang pada 17 Jan, dihantar pulang ke negara asalnya hari ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kanak-kanak yang terperangkap secara tidak sengaja dalam kontena itu, MD Ratul Islam Fahim, dibawa pulang ke negara asalnya melalui penerbangan ke Dhaka malam ini dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur di sini, diiringi pegawai Kedutaan Bangladesh di Kuala Lumpur.

“Ketika ditemui kanak-kanak itu terlalu lemah dan terus diberikan perlindungan kesihatan atas dasar kemanusiaan, biarpun tiada sebarang dokumen padanya,” katanya kanak-kanak itu dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang dan diletakkan di bawah jagaan Yayasan Chow Kit mulai 26 Jan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here