KUALA LUMPUR, 23 Feb – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Profesor Emeritus Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan yang meninggal dunia hari ini.

Anwar menyifatkan Allahyarham yang juga bekas Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebagai tokoh pemikir Islam yang banyak memberikan sumbangan besar kepada dunia akademik, penyelidikan, pendidikan serta pembangunan modal insan.

“…dan tentunya kehilangan ini meninggalkan kesan mendalam kepada sanubari umat.

“Saya mengutuskan salam takziah kepada keluarga serta mendoakan roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh,” katanya menerusi catatan di Facebook, hari ini.

Allahyarham, 80, yang dilantik sebagai Pengerusi IKIM pada 24 Feb 2022, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.27 pagi tadi akibat komplikasi selepas pembedahan.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Bangi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here