BEIJING, 24 Feb – Meraikan kerjasama strategik komprehensif Malaysia-China yang termeterai pada tahun 2013 dan tahun ini telah melangkah ke tahun yang ke-10.

Kedua-dua buah negara komited untuk memperkukuhkan hubungan persahabatan yang sudah pastinya selari dengan semangat Malaysia Madani.

Langkah kerjasama pendidikan antara Malaysia dan China, dokumen kerjasama pendidikan tinggi antara kedua-dua buah negara boleh dilihat pada dokumen perjanjian persefahaman antara Malaysia-China pada tahun 2009.

Dokumen perjanjian ini telah menjadi titik tolak awal untuk terus memperkukuhkan kerjasama pendidikan antara Malaysia dan China.

Kemudian, pada tahun 2011, perjanjian dokumen “Framework Agreement To Facilitate Mutual Recognition In Academic Higher Education Qualifications” Between The Government Of Malaysia And The Government Of The People’s Republic Of China’.

Dengan adanya landasan kerjasama ini, kita dapat lihat usaha memperkasakan pertukaran belia Malaysia dan China diteruskan dengan baik.

Baru-baru ini, kejayaan penghantaran 45 orang pelajar ke Beijing, China.

Pelajar-pelajar akan mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Beijing Jiaotong University (BJTU) China.

Kerjasama ini adalah rentetan majlis menandatangani memorandum perjanjian (MoA) bagi jalinan kerjasama dalam Program Dual Ijazah UMP-BJTU pada 8 April 2021.

Sejak tahun 2017, UMP juga sebagai Universiti Fokal bagi Program Latihan Kemahiran Industri ECRL yang menjadi peneraju Program Latihan Kemahiran Industri ECRL hasil rundingan kerjasama pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Malaysia Rail Link (MRL) dan Syarikat Komunikasi dan Pembinaan China (CCCC).

Maklumat daripada pihak UMP, daripada 45 pelajar, seramai 10 pelajar akan mengikuti pengajian dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik manakala 20 pelajar (Kejuruteraan Mekanikal) dan 15 pelajar (Kejuruteraan Awam).

Mereka menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda selama dua tahun. Semua pelajar bidang kejuruteraan yang bakal menyumbang terhadap pembangunan industri rel negara adalah pelajar perintis bagi program kerjasama ijazah dual selepas mengikuti pengajian selama dua setengah tahun di UMP.

Program dual ijazah ini telah membuka lembaran sejarah Malaysia dan China yang melibatkan institusi pendidikan tinggi kedua-dua buah negara bagi mengeratkan hubungan kerjasama strategik dan membuka peluang yang lebih meluas dalam bidang penyelidikan dan pembangunan akademik.

Ianya secara langsung juga akan membantu pertumbuhan sektor pembuatan dan industri di Malaysia dan meningkatkan tenaga pakar dan berkemahiran dalam pelbagai bidang teknologi.

Belia-belia Malaysia perlu menyahut semangat untuk meningkatkan Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang secara langsungnya akan memberi lonjakan terhadap sistem pendidikan negara.

Semoga ulang tahun ke-10 Kerjasama Strategik Komprehensif menelusuri  persahabatan organik kedua-dua buah negara dan bersedia untuk membina Malaysia Madani yang dikongsi bersama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here