KUALA LUMPUR, 27 Feb – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Luar Negeri Australia Senator Penny Wong di Putrajaya.

Anwar berkata pada pertemuan itu berbincang mengenai isu-isu yang melibatkan kepentingan bersama termasuk kerjasama ekonomi, dasar luar dan perkembangan serantau.

“Australia merupakan salah satu rakan rapat dan penting bagi Malaysia. Senator Wong juga menyampaikan salam daripada PM Albanese (Perdana Menteri Australia Anthony Albanese) dan menjemput saya untuk menghadiri Mesyuarat Pemimpin Tahunan Malaysia-Australia di bawah pelaksanaan CSP (Perkongsian Strategik Komprehensif) di Australia pada tahun ini,” katanya menerusi catatan di Twitter.

Malaysia dan Australia mempunyai kerjasama erat dalam pelbagai sektor termasuk pertahanan, sains dan teknologi, pendidikan, memerangi keganasan, perdagangan dan pelaburan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here