BEIJING, 28 Feb – China menggunakan platform mesyuarat peringkat tinggi sesi ke-52 Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyuarakan saranannya mengenai isu pembangunan hak asasi manusia di peringkat antarabangsa.

Menteri Luar China, Qin Gang dalam ucapan secara maya menyatakan bahawa pembangunan hak asasi manusia di peringkat global berdepan cabaran serius pada masa ini.

Beliau meminta agar semua pihak akur kepada empat perkara iaitu pembangunan hak asasi manusia yang selaras dengan situasi di negara masing-masing, promosi dan perlindungan hak asasi manusia secara menyeluruh, kesaksamaan dan keadilan antarabangsa, serta dialog dan kerjasama.

“Kunci kepada pencapaian bersejarah China dalam hak asasi manusia adalah membuka jalan pembangunan hak asasi manusia yang menepati trend semasa dan bersesuaian dengan situasi negara sendiri. China akan terus menempuh jalan ini.

“Ada pihak yang mempunyai motif tersembunyi terus menggembar-gemburkan isu Xinjiang dan Tibet untuk menyerang serta memburukkan imej China, serta menindas dan mengekang pembangunan negara.

“Kami (China) menentang sekeras-kerasnya perbuatan sedemikian,” kata Qin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here