CAMERON HIGHLANDS, 6 Mac — Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melawat ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom di sini hari ini.

Ketibaan Tunku Azizah pada kira-kira jam 10.15 pagi disambut Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus dan kakitangan hospital.

Yang turut hadir, Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Ramli Md Nor serta Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff.

Tunku Azizah meluangkan masa kira-kira sejam melawat sekitar hospital yang beroperasi sejak 2007 itu dan berkenan mendengar taklimat daripada beberapa orang kakitangan.

Seri Paduka kemudian berharap agar hospital berkenaan ditambah baik dari segi fasiliti dan dilaksanakan penambahan kakitangan supaya rakyat setempat serta pesakit dari negeri berhampiran dapat menggunakan perkhidmatan kesihatan yang terbaik.

Raja Permaisuri Agong kemudian berangkat pulang pada kira-kira jam 11.15 pagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here